Thursday 23 April 2015

Tugasan Minggu 10

Minggu 10:

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Terdapat empat elemen atau teknologi utama dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. selain itu, interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia. 

a) Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas, elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks penting dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. 

b) Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat
Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian 
Pastikan teks dapat dibaca dari jarak yang sesuai
Pemilihan jenis tulisan dan warna teks perlu bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan
Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain

c) Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparanvisual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh, maklumat padat yang berbentuk grafik madapat disampaikan dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan. Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian murid terhadap maklumat yang ingin disampaikan. 

d) Penggunaan elemen video dan audio
Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. 
Penggunaan video dan audio dalam membina bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Sering kali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan. 

Prinsip pembinaan bahan video dan audio
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Kita perlu membuat penilaian yang tepat tentang bahan audio visual yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk disimpan. Antaranya termasuklah:
a) Kandungan Maklumat
b) Kandungan
c) Nilai estetika maklumatnya
d) kualiti
e) Kelangsungan hayat
f) Pendokumentasian

Panduan meggunakan elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

Ini merupakan hasil video yang saya cipta:

Tugasan Minggu 9

Minggu 9:

Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad pengumuman

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.

Perisian Pengeditan
Terdapat pelbagai perisian dalam internet. Antaranya ialah :
a. ZOHO  https://docs.zoh o.com/jsp/index.jspb   
b. GOOGLE DOCS https://docs.google.com/#homec.  
c. 280 SLIDESHOW http://280slides.com/Editor/

Ini lnilah merupakan hasil brosur yang saya hasilkan:


Tugasan Minggu 8

Minggu 8:

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

Pengenalan
  • Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan  kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet 
  • Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
  • Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian


i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan


Masalah mengadakan pembelajaran secara atas talian:
i.              Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
ii.             Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii.            Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband) 


Kenapakah 'E-LEARNING' perlu digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia?
  1.  'E-learning'  membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan  lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pernbelajaran mereka.
  2. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
  3. E-learning'  yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator.
  4. Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan  secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan  isi pelajaran dengan berkesan dan menarik.


Tugasan Minggu 7

Minggu 7:

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Model Pemprosesan Maklumat:
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.  Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer. 

Prinsip-prinsip utama:

  • Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat 
  • Pengaliran maklumat dua hala 
  • Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 
  • Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.
i) Ingatan Jangka Panjang 
  1. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. 
  2. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. 
  3.  Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.
ii) Ingatan Jangka Pendek
  1. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
  2.  Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
  3. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.

IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
  • Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan
  • Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.
  •  Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna
  •  Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.
  • Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.

Tugasan Minggu 6

Minggu 6:

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan 
Pembelajaran Bahasa Melayu 

- Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.
  • Struktur perpautan dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
  • Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain
  • Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu alamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.





Berikut merupakan tangkapan skrin yang mempautkan tapak pembelajaran ini kepada tutorial pembelajaran.


 Berikut merupakan tutorial pembelajaran yang dipautkan daripada tutorial pembelajaran.

Tuesday 17 March 2015

Tugasan Minggu 5

Tugasan Amali

Membina dan  Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

·       Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·   Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·       Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
·       Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
·    Membina tapak pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog VLE.


Tapak Pembelajaran:
Tutorial Pembelajaran:











Tugasan Minggu 4

Internet merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik. Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.
                       
                        i.     10 bahan audio
                        ii.    10 bahan video
                             iii.    10 bahan teks
                             iv.    10 bahan grafik
   



Tugasan amali ini dijalankan secara individu. Muat naik bahan-bahan anda ke dalam blog, dan simpan dalam bentuk folder di cakera google dan cakera liut masing-masing.  

i. Bahan Audio
1. Untukmu

2. Kemegahan Negaraku

3. Lima Prinsip Rukun Negara

4. Muhibbah

5. Perajurit

6. Perkhidmatan Awam

7. Perpaduan Teras Kejayaan

8. Satu Malaysia

9. Tanggal 31

10. Setia

ii. Bahan Video

1. Lagu Patriotik: Perpaduan Teras Kejayaan

https://www.youtube.com/watch?v=tDCBmjVKqFk
2. Kerana Mu Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=5aMgTkrIGEs

3. Warna Warna Malaysiaku Gemilang - Siti Nurhaliza
https://www.youtube.com/watch?v=I0hIyQzdeOU&list=RDtDCBmjVKqFk&index=15
4. 
AF4 - Saya Anak Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=oFACzQ4B5JI&list=RDtDCBmjVKqFk&index=21

5. Sudirman:warisan
https://www.youtube.com/watch?v=A-EgGGZjZno&list=RDtDCBmjVKqFk&index=4

6. Lagu Patriotik - Malaysiaku Tercinta
https://www.youtube.com/watch?v=f7_pMl4rO-4&list=RDtDCBmjVKqFk&index=5

7. Satu Malaysia (Lagu Tema Rasmi)
https://www.youtube.com/watch?v=mNWm8URKZvM&list=RDtDCBmjVKqFk&index=6

8. Lagu Patriotik - Tanggal 31
https://www.youtube.com/watch?v=n-NroIUexvk&list=RDtDCBmjVKqFk&index=10

9. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta HDV (Rasmi)
https://www.youtube.com/watch?v=mxe0bMejK7w

10. 1Malaysia For Youth (1M4U) Theme Song
https://www.youtube.com/watch?v=RN7E0Ju8HsU

iii. Bahan Teks
1. Peristiwa 13 Mei

2. Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia

3. Contoh Cabaran, Faktor, Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

4. Perpaduan Penting Dalam Menjamin Keharmonian Negara

5. Perpaduan Kaum Di Malaysia : Mengharap Sinar Di Hujung Terowong

6. Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

7. Memupuk Semangat Perpaduan Di Sekolah

8. Langkah Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

9. Perpaduan dan perdamaian etnik

10. Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia

iv. Bahan Grafik