Thursday 23 April 2015

Tugasan Minggu 10

Minggu 10:

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Terdapat empat elemen atau teknologi utama dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. selain itu, interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia. 

a) Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas, elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks penting dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. 

b) Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat
Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian 
Pastikan teks dapat dibaca dari jarak yang sesuai
Pemilihan jenis tulisan dan warna teks perlu bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan
Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain

c) Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparanvisual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh, maklumat padat yang berbentuk grafik madapat disampaikan dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan. Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian murid terhadap maklumat yang ingin disampaikan. 

d) Penggunaan elemen video dan audio
Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. 
Penggunaan video dan audio dalam membina bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Sering kali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan. 

Prinsip pembinaan bahan video dan audio
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Kita perlu membuat penilaian yang tepat tentang bahan audio visual yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk disimpan. Antaranya termasuklah:
a) Kandungan Maklumat
b) Kandungan
c) Nilai estetika maklumatnya
d) kualiti
e) Kelangsungan hayat
f) Pendokumentasian

Panduan meggunakan elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

Ini merupakan hasil video yang saya cipta:

No comments:

Post a Comment